Resipi Nasi Briani Ayam

Mak  teringin nak makan Nasi Beriyani dan ramai pulak adik beradik berkumpul dirumah. saya  pun teringin nak makan. Hahaha Okay bab pasal makanan mesti ramai yang  suka. Resipi Nasi Beriyani Ayam kali ini saya masak pakai periuk Noxxa sebab hanya mengambil masa 4 minit sahaja. Cepat betul masak!! Dan resipi kali ini saya meggunakan perencah Nasi Beriyani Brahim's. Nasi beriyani ni di makan pulak dengan ayam masak merah. Sedapnya!!! Hehehe
Bahan-Bahan
4 gelas berasmathi (basuh dan toskan)
4 gelas air
1/4 cawan susu cair
1/2 botol yogurt
2 bawang merah size serdahana (dihiris)
5 biji bawang putih (dihiris)
1 besar ibu jari halia (dihiris)
Rempah empat sekawan 
(Kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga)
2 biji tomato 
1 kiub ayam Maggi
Daun ketumbar
Daun pudina
4 ketul ayam
2 paket Rempah Nasi Beriyani Brahim's
Minyak dan sedikit planta untuk memasak
Garam secukupnya

Cara-cara
1. Laraskan periuk Noxxa ke Stirfry, letakkan minyak dan planta biarkan cair. Dah panas, masukkan bawang besar, bawang putih, halia dan rempah empat sekawan. Tumis sehingga garing bawang tu dan bau semerbak. 
2. Tambahkan 2 paket Rempah Nasi Beriyani Brahim's. Tumis seketika dan masukkan 4 ketul ayam. Agak-agak ayam tu dah masak. Terus masukkan air. 
3. Seterusnya, masukkan yogurt, susu cair, masukkan pula sedikit daun ketumbar dan daun pudina. Jangan lupa perisa, masukkan kiub ayam dan juga garam. Serta masukkan beras yang dicuci tadi. Tinggalkan sedikit daun-daun untuk taburkan atas nasi beriyani selepas masak nanti. Akhir sekali masukkan buah tomato yang dah dipotong tadi.
4. Lepas tu, ambil penutup periuk Noxxa. Tutup elok-elok dan laraskan setting periuk Noxxa ke High Pressure Cooker selama 4 minit.
5. Bunyi je maknanya dah masak. Tutup letrik biarkan seketika dan keluarkan pressure periuk tu. Bukak penutup dan sedia untuk dihidangkan.

Comments

Popular posts from this blog

Kuah kacang dari Azie Kitchen..

Membuka akaun CDS...real story ni..

Resipi mee kari istimewa.