Posts

Showing posts from 2014

Minda Kaya VS Minda Miskin

Image
Assalamualaikum, suka saya ingin berkongsi satu email yang saya terima dari seorang rakan dari dunia network marketing. Rakan-rakan network marketing memang hebat. Mereka mempunyai sifat suka belajar dan berkongsi ilmu dengan orang lain. Bagi saya inilah bezanya network marketing dan perniagaan biasa, ilmu yg mereka ada tak pernah kedekut atau dirahsiakan. Hati gembira kerana saya kini terlibat dalam dunia network marketing. Jom kita sama-sama baca dan hayati email yang saya terima ini. Terima kasih kepada yang memberi. Saya suka nak share tentang tips2 kejayaan dan kali ni, saya nak bawakan kpd anda perbezaan antara MINDA KAYA VS MINDA MISKIN... PELIK TAPI BENAR, yg membuatkan seseorang itu KAYA atau MISKIN adalah MINDA mereka!! Yg bestnya, kita boleh mengubahnya... Dibawah adalah 17 perbezaan sikap & cara pemikiran ORANG KAYA berbanding ORANG MISKIN. Ianya dipetik dari buku "Secrets Of The Millionaire Mind" karangan T. Harv Eker. Saya amat mencadangkan anda membaca

Kesihatan itu wang..

Assalamualaikum dan selamat pagi rakan penulis hebat sekalian. Menulis dan terus menulis supaya kita sama-sama dapat berkongsi idea menjadi penulis hebat dan mampu memberi manfaat kepada orang lain. Kadang-kadang idea kita banyak untuk dikongsikan, dan kadang-kadang idea itu hilang sedangkan dalam kepala sangat banyak yang ingin dikongsikan. Pagi tadi saya mendapat ilham untuk berkongsi idea bahawa Sihat Itu Menjimatkan. Bagaimana untuk mendapat sihat yang menjimatkan. Pertama sekali dan terutamanya dalam bulan puasa ini, jika kita memilih untuk membeli makanan diluar pastikan kita mengutamakan kebersihan. Kebersihan dari segala segi, bayangkan tubuh badan kita dan ahli keluarga kita adalah sangat berharga. Pernah tak kawan-kawan melihat tempat makan yang dikunjungi ramai orang tetapi keadaan sekitarnya sangat tidak baik. Apabila kita mendekati gerai tersebut, hidung kita dapat menangkap bau tikus dan juga bau sampah yang tidak diuruskan dengan sempurna. Walaupon semua orang meng

Nasi ayam hainan...

Image
Mula-mula kita tengok gambar dulu, kat bawah akak sertakan resepinya ok..Sebenarnya Akak tengah kemaruk lagi memasak guna periuk ajaib Akak tu.Banyak jenis masakan lagi yang belum akak cuba.. Kalau masak sebarang nasi lah guna periuk biasa mungkin dalam sejam atau lebih tempohnya, tapi dengan periuk Noxxa, macam tak percaya, cuma mengambil masa 5 minit sahaja ye..so kalau yg baru balik kerja, atau dah lewat nak kemana-mana jgn bimbang, guna periuk ni hanya 5 minit saja dah masak..:) Mula-mula rebus kan ayam bersama irisan halia dan daun pandan set masa utk rebus ayam 10 minit Kawan  akak guna pati ni..yg penting ada cop halal Jakim tuu! Sup dah siap, jgn terkejut tgk daun bawang tu besar2, sbbnya ank akak tak suka, kejap lg nak kena buang daun tu..huhu Tumiskan bahan sambalnya sekejap saja.sampai naik bau.Tumis dalam kuali lain..tumis darat macam ni le nanti baru masuk dalam periuk. Dah masak...nasi ayam hainan.bolehlah gaul rata.

Periuk Tekanan..periuk noxxa ajaib

Image
 Tuuuu diaa.... Periuk Noxxa..ajaib tau ciri :- pilihan tekanan tinggi dan rendah pelbagai fungsi-memasak pelahan,mengukus, menumis memanas semula dan memastikan makanan sentiasa hangat pemasa tunda sehingga 8jam faedah: panel mudah digunakan dengan paparan digital periuk dan penutup boleh ditanggalkan periuk tidak melekat 8L waranti: 1 tahun jaminan terhadap kerosakan pengilangan.peralatan ini hanya untuk kegunaan dirumah sahaja. diameter: 26.2cm tinggi:  Akak bukanlah penjual periuk ni, bahkan akak yang jadi tukang belinya..itupun atas pelawaan kawan yang mengajak akak main secara kutu.huhu..harap2 tak gatal lah kepala lepas ni, lagi pun cuma 4 kali bayar je..so tak terasa sangat lah kan,korang pun tentu biasa main kutu ni..macam2, kutu duit pun ada tapi biasanya pnggan mangkuk dan peralatan rumah lah..   Sebelum ni bukan akak tak nak beli, atau minta cik abang belikan, tapi takut tak digunakan sangat, bila bilangan ahli keluarga tak ram

Resipi Nasi Briani Ayam

Mak  teringin nak makan Nasi Beriyani dan ramai pulak adik beradik berkumpul dirumah. saya  pun teringin nak makan. Hahaha Okay bab pasal makanan mesti ramai yang  suka. Resipi Nasi Beriyani Ayam kali ini saya  masak pakai periuk Noxxa sebab hanya mengambil masa 4 minit sahaja. Cepat betul masak!! Dan resipi kali ini saya meggunakan perencah Nasi Beriyani Brahim's . Nasi beriyani ni di makan pulak dengan ayam masak merah. Sedapnya!!! Hehehe Bahan-Bahan 4 gelas berasmathi (basuh dan toskan) 4 gelas air 1/4 cawan susu cair 1/2 botol yogurt 2 bawang merah size serdahana (dihiris) 5 biji bawang putih (dihiris) 1 besar ibu jari halia (dihiris) Rempah empat sekawan  (Kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga) 2 biji tomato  1 kiub ayam Maggi Daun ketumbar Daun pudina 4 ketul ayam Cara bagi Nasi Beriyani Ayam Panjang 2 paket Rempah Nasi Beriyani Brahim's Minyak dan sedikit planta untuk memasak Garam secukupnya Cara-cara 1

Resipi spaggety carbonara..

Resipi Spaghetti Carbonara  Minyak zaitun 1/2 bawang besar didadu kecil-kecil 5 ulas bawang putih ditumbuk halus 2 dada ayam besar didadu kecil-kecil 1 botol besar susu full cream dutch lady 1 tin prego pasta sauce carbonara mushroom 1/2 sudu kecil daun basil kering 1/2 sudu kecil lada hitam ditumbuk halus 1 biji telur - optional (tapi dalam resipi ni Mummy letak) Parmesan cheese - optional (kalau takde pun takpe) Garam  Resipi Spaghetti Bolognese Ayam Sedap Dan Mudah 1 paket spaghetti direbus sampai empuk "el-dente" Cara-cara memasak. 1. Panaskan minyak zaitun lebih kurang agak-agak je. Kalau terlebih pon takpe sebab amat baik untuk kesihatan. Dah panas masukkan bawang besar masak seketika takperlu sampai garing, lepas tu masukkan bawang putih. Dah naik bau, masukkan pula dada ayam yang didadu kecil-kecil. 2. Agak-agak dada ayam dah empuk dan masak, terus masukkan 1 tin prego pasta sauce carbonara mushroom. Kacau seketika. Terus masuk

CARA MENJANA PENDAPATAN MELALUI NUFFNANG & KISAH BENAR PASIF INCOME SEBANYAK RM29,160.05 DARI BLOG

Walaupun dah beberapa tahun berurusan dengan Nuffnang, tapi sebenarnya saya memang tak pernah ambil tahu pasal jenis-jenis iklan yang ada. Maklumlah sebelum ni main-main je. Sekarang ni baru rasa nak lebih serius dalam berblog. Tambah-tambah bila dapat sokongan daripada suami tercinta. :) Malam ni terlintas di hati untuk ambil tahu, jadi mulalah mencari maklumat. Rupa-rupanya ada beberapa jenis iklan Nuffnang ni.  Pertama adalah iklan CPC yang mana kita akan dibayar bagi setiap klik daripada pengunjung blog kita (tapi tak boleh klik-klik sendiri tau sebab Nuffnang boleh detect). Jumlah yang dibayar adalah sekitar RM0.25 bagi setiap klik. Tapi kalau kita ada letak iklan Google Adsense, jumlah ni adalah berkurangan sebab kita dianggap tak setia dengan Nuffnang.Oooo rupanya baru tahu. Iklan ni adalah adalah iklan yang akan dipaparkan di kebanyakan blog yang memaparkan iklan Nuffnang. Iklan kedua pula adalah jenis  MCPM (Metered Cost Per Impression) yang mana kita aka

Kuah kacang dari Azie Kitchen..

Kuah Kacang Bahan bahan: 600 gm kacang tanah - disangai 5 biji bawang besar - mayang ½ cawan cili kering - 1/2 mangkuk cili kisar 1 cawan gula Melaka 1 sudu besar gula pasir 1 cawan minyak mazola 2-3 cawan air 1/2 sudu besar garam halus atau secukup rasa Cara cara: Kacang tanah mestilah cukup masak sewaktu disangai. Dibuang kulit, disejukkan dan direndam seketika sebelum dikisar. Guna air hanya secukupnya untuk gerakkan blender sahaja. Jangan terlalu banyak sangat air. Panaskan 1 cawan minyak dan tumis bawang besar sehingga layu. Kalau rasa kurang, boleh tambah sedikit lagi minyak semasa menumis. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili benar benar masak dan naik minyak. Apabila sudah naik minyak, masukkan kacang yang telah diblend dan 2 - 21/2 cawan air. Bila sudah menggelegak, masukkan gula Melaka, gula dan garam. Kuah kacang akan menjadi pekat apabila ia sudah sejuk. Jadi, pandai pandailah nak agak banyak mana air yang hendak dil

10 Kesilapan Blogger Menyebabkan Kegagalan

Image
Assalamualaikum wbt dan Salam 1Dunia, Terima kasih kepada blog Denaihati...blog ini antra rujukan aku yang baru merangkak dalam bercita-cita menjadi seorang blogger..juga kepada blog Azie Kitchen,ahmadfaizal.com yang mencetuskan kembali semangat aku untuk menulis blog ini yang telah lama bersawang...so ini adalah artikel yang aku ambil dari blog Denaihati.com  kerana ini adalah sebagai peringatan untuk aku,di mana setiapkali aku membuka blog aku ni aku akan terbaca semula bagaimana nak menjadi seorang blogger .. terima kasih kepada blog  Paly.my  yang sudi menjadi penulis undangan di blog denaihati.com. Kisah kali ini ialah beberapa kesilapan yang dilakukan oleh blogger sehingga menyebabkan kesilapan. Kita ikuti perkongsian dari beliau. Boleh dikatakan setiap hari ada saja yang teringin menjadi blogger dan buat blog dengan semangat yang berkobar-kobar untuk berkongsi pelbagai perkara secara online. Dan ada di antara mereka yang berjaya selepas aktif beberapa bulan sebagai blogger.

10 syarat yang ditetapkan Hamas untuk Gencatan Senjata

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, perang Gaza – Israel sudah memasuki hari ke 26 yang telah menelan korban lebih 1700 orang melampaui perang terdahulu yang mengorbankan 1200 orang dalam tempoh 43 hari. Paling ramai yang jadi mangsa adalah kanak-kanak dan orang awam yang dituduh menjadi perisai kepada Briged Al Qassam. Dalam keadaan terdesak Israel cuma mengheret Malaysia dengan menuduh  komando Hamas di latih di Malaysia  tetapi telah dinafikan oleh Hamas. Pihak musuh juga tidak terlepas apabila beratus askar sudah terbunuh sehingga menjadi ketakutan kepada mereka. Pihak Israel meminta perang dihentikan tetapi ditolak oleh Hamas melainkan mereka menerima 10 syarat yang telah diberi. Israel sudah pasti akan menggunakan kuasa PBB  apabila Hamas tidak tunduk  dengan permintaan genjatan senjata secara paksa apabila mereka sudah berada dalam keadaan terdesak. Itulah yang terjadi pada pepearangan sebelum ini apabila Israel mengentikan serangan secara tiba-tiba apabila banyak kerosakan berl

Resipi mee kari istimewa.

Image
Salam u ollss... Aku ni suka makan...semua orang suka makan kan?? dan salah satu makanan kegemaran aku ialah mee kari.Dari dulu lagi aku ni suka cuba pelbagaikan mee kari yang aku buat.Korang nak tahu tak mee kari aku ni glamour di kalangan kawan-kawan anak aku.Mereka kata mee kari aku sedap...dan setiap kali mereka puji aku selalu kata memanglah sedap kan free..hehehe so kali ni aku nak kongsi dengan resipi mee kari aku yang mereka kata sedap sangat tu..nanti bila korang ada masa boleh le try... Mee Kari Istimewa..... Bahan bahan: 1/2 ekor ayam - di potong kecil 6 sb rempah kari daging (bancuh dg sedikit air) 1 keping asam keping 2 cawan santan pekat (guna 2 santan kotak 200ml) 5 cawan stok udang 1 kg isi kerang atau lebih 1/2 cawan minyak masak 2 keping fishcake- hiris nipis 10 ketul fish ball- belah 2 1 biji kentang - rebus & tumbuk Garam dan sedikit gula Air secukupnya   Bahan Kisar 6 ulas bawang merah 1 labu bawang besar 4 ulas bawang p

Anak "kembarku"

Image
Salam u ollss.. Anak kembar??? mana aku ada anak kembar.Tapi mereka ni macam kembar masa mereka kecil.Di mana saja aku pergi dengan mereka ni pasti ada yang bertanya mereka ni kembar ke?Maklumlah mereka ni lahir sorang tahun 2001 dan sorang lagi tahun 2002..yang abang namanya Muhammad Adib dan yang adik namanya Muhammad Arif Luqman.Jap tau...nilah mereka yang dipanggil kembar...sama besar dan sama tinggi..tapi u ollss tahu tak mereka ni nakal masa kecil kadang -kadang aku nak je duduk di rumah dari keluar berjalan-jalan sebab tak larat nak kawal mereka ni  cer teka...nilah arif  ni plak adib  arif  arif  adib dan arif  adib dan arif  arif  adib dan arif

Ke Gunung Lang

Image
salam u olss... Kali ni aku nak cerita pasal satu tempat rekreasi kat Ipoh...korang tahu tak Pusat rekreasi Gunung Lang..ianya terletak kat Ipoh lah..so mari layan jap gambar-gambar yang aku snap kat sana ..pada aku pemandangannya cantik dan damai tapi u olls nilaikan lah sendiri hehe Masa ni aku dengan famili pergi kenduri seorang kawan di Batu Gajah..masa balik kami pun singahlah kat sini..masa ni orang taklah ramai sangat dari Jeti kena naik bot barulah sampai kat tempat yang cantik ni.Tiket naik bot murah je kanak-kanak RM2.50 dan Dewasa RM3.50.Pengalaman naik bot tu besat juga tapi cepat sangatlah sampai ..tak puaslah pulak..hehe meh layan jap gambar-gambar yang aku snap ni..  ni satu-satunya menara yang ada kat sana..kalau pergi naik sampai atas tau.  Ni kandang ostrich  Ni lah budak-budak yang membuatkan aku nak pergi Gunung Lang   Bestkan..kalau musin bunga sakura pemandangan jalan ni lagi cantikkk  Gurau senda adik beradik..kadang2 bergaduh juga biasala

Road to RM10K

Boleh ke ?angan -angan je ke?mampu ke aku buat?macam mana nak buat?nak tanya siapa? Biasalah kan blogger baru walaupun umur aku ni bukan tahap muda mudi lagi tapi aku nak cuba juga memanglah aku ni suka nak cuba sebabnya kenapa????? sebabnya aku ada 3 hero yang perlu aku ajar ini adalah salah satu cara nak cari pendapatan.So kalau aku tak try macam mana aku nak ceritakan pada anak-anak dan bagimana aku nak tunjuk ajar pada anak-anak kan...so aku akan try Pernah tak u olls terjah blog yang hebat-hebat?? aku selalu tengok sebab aku suka tengok orang berjaya dan aku pun berangan nak kaya macam diorang..kalau tak kaya banyak kaya sikit pun ok gak kan..apa??sekarang aku miskin ke? tak...aku sekarang tak miskin...aku biasa-biasa je tak miskin dan tak kaya sangat.tapi tak salah kan kalau nak kaya lagi..boleh tolong orang..aku tak banyak saham so kalau aku banyak duit harapan aku boleh buat saham banyak sikit...SAHAM  AKHIRAT .Korang tahu tak aku takut MATI korang takut tak? tak pe lah kor
morning...u olls.. hari ni sambil godek2 pc ni terpandang satu blog yang hebat ni iaitu blog ahmadfaizal.com emmm..blog ni banyak bagi motivasi pada aku ..untuk menjadi bloger hebat macam dia..tapi hukhukhuk rasanya tak mampu lah tapi aku ingatlagi dia kata kalau tak berjaya jual pen pada orang yang ke 100 teruskan jualan tu pada orang yang ke 101 mana tahu orang yang 101 tu yang nak gunakan pen tu dan nak beli dari kita..so maknanya jangan putus asalah kan...sibuk??? memanglah sibuk sangat aku ni..maklumlah aku ni wanita control ayu...buget pandai tapi tak berapa pandai,cita-cita nak jadi ibu mitali pada 5 orang anak-anak aku dan pali aku teruja nak dapatkan rm10 ribu dalam masa setahun..yelah nak sahut seruan ahmadfaizal tu..tq ahmadfaizal nanti aku akan contact awak walaupun awak tak kenal aku tapi atas ilmu yang dikongsikan dapatlah aku meneray (try)..aku kena berdisiplin memang pun itu aku tahu dari dulu lagi aku ni kalau buat apa bukannta konsisten sangat..hangat2 tahi ayam tapi

Air panas Gadek Melaka

Image
Inilah Air Panas Gadek Melaka...ni baru kat pintu masuk dia...ni mak akulah dengan anak aku arif...kalau korang nak tahu arif ni cucu kesayangan mak aku sebab dia selalu kena marah dengan aku tapi mak akulah tukang bela dia ...dia jadilah cucu kesayangan mak aku.