Saham IPO.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.....

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya ni...dalam post kali ini saya akan terangkan mengenai saham IPO dari sudut pengetahuan saya setelah saya stydy melalui google dan buku-buku ye lah kan sekarang maklumat di hujung jari sahaja so rajin2 lah membaca ye...

Mulakan langkah pertama melalui saham IPO ini!

Apakah Saham IPO?

Jawapan : Saham IPO ialah Initial Public Offering atau Saham Terbitan Awal.ebelum sesuatu saham itu disenaraikan di Bursa Malaysia, saham tersebut akan ditawarkan kepada pihak2 seperti
  • Pelabur Bumiputera yang dikenalpasti diMITI
  • Pelabur Institusi
  • Orang Awam

Harga tawaran akan dinyatakan dimana harga tawaran kepada pihak institusi adalah berbeza dari harga tawaran kepada orang awam.
Prospektus sesuatu saham IPO itu akan hanya dikeluarkan semasa tawaran kepada orang awam dibuat.

Bagaimana mendapatkannya....???

Terdapat 2 cara dalam membeli saham IPO iaitu membeli terus di pasaran saham Bursa Saham Malaysia.IPO adalah saham yang akan disenaraikan dalam pasaran saham Bursa Malaysia (dulu dikenali sebagai BSKL), anda boleh membuat permohonan untuk mendapatkan saham ini yang di panggil saham IPO.Oleh itu harganya lebih murah berbanding dengan jika saham tersebut telah memasuki pasaran saham maka harganya akan meningkat(selalunya)

kaedah pertama  untuk mendapatkan saham IPO ini, antaranya kita boleh memohon saham IPO melalui Kementerian Perdagangan Saham Antarabagsa dan Industri atau lebih di kenali sebagai MITI singkatan dari perkataaan "Ministry of International Trade and Industry"...kaedah ini pada saya susah sikit la..kerana kita kena daftar secara online di website MITI dan ada beberapa dokumen yang perlu disertakan seperti penyata bank,salinan kad pengenalan dan beberapa dokumen sokongan.Tetapi cara ini ada kelebihannya juga kerana permohonan melalui MITI selalunya akan diterima kerana keutamaanya akan diberi kepada BUMIPUTERA.

Kaedah kedua pula kita boleh mendapatkan saham IPO ini melalui online sahaja.Cara kedua ini pada pendapat saya lebih senang..kerana kita hanya perlu ada akaun online seperti maybank2u maka kita sudah boleh membuat permohonan membeli saham IPO ini.....tapi pastikan kita kena ada duitlah dalam akaun simpanan kita.Untuk membeli saham IPO kita hanya perlu login ke akaun maybank2u klik bahagian investment.Dan selepas hanya klik klik tu kita hanya perlu sabar...tunggu dan bila tiba masanya kita akan semak sama ada permohonan kita untuk membeli sahan IPO tersebut diterima atau tidak.....Jika kita tidak berjaya membeli saham IPO ini maka wang kita akan dikembalikan terus ke akaun simpanan kita secara online...senangkan?????? tapi pembelian melalui cara ini ...ada keburukkannya sedikit iaitu kita kena bersaing dengan semua kaum yang berminat dengan saham tersebut.....

Sekian dulu perkongsian saya untuk kali ini...jumpa lagi di entry akan datang diharapkan penjelasan ini dapat membantu anda faham perkara yang berkaitan dengan saham IPO...




Comments

Popular posts from this blog

Kuah kacang dari Azie Kitchen..

Membuka akaun CDS...real story ni..

Resipi mee kari istimewa.