Resepi Kek Pisang (guna pemanggang ajaib)

kek pisang yummy....homemade la sangat

Tetiba teringin pulak nak buat kek pisang ni.....biasa aku beli je kat TESCO...tapi ni mood bulan puasa kot...lagi pun semalam kawan baik Parizah ada bagi pisang...so nak try la buat kek pisang...pemangang ajaib pun dah lama parking dalam kabinet tu....nilah resipi pas aku google nampak yang ni simple n jadi lah harap-harapnya..

Resipi

Bahan-Bahan:
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
2 biji telur
1/2 cawan minyak masak
3 biji pisang //5 biji pisang berangan
1/2 sudu kecil soda
1/2 sudu kecil baking powder
sedikit esen vanila
* I tambah 1 sudu kecil air limau nipis dan almond flakes (suka hati je)

Cara-cara:

1. Ayak tepung tepung bersama soda dan baking powder.
2. Campurkan telur, gula, pisang dan esen...pakai mixer senang
3. lepas tu masukkan tepung tadi dan akhir sekali masuk kan minyak masak.
4. Masukkan dalam pemanggang ajaib, bakar selama 10 minit tanpa tutup penutup pemanggang tu
5. Kemudian selepas 10 minit tutup penutup dan bakar lagi 10 minit atau sehingga masak
6. Terbalik kan pan, tambah la dalam 8-10 minit // ada lah lagi 20 mins kot...make sure check selalu

Note: Api dapur gas tu buka yang paling kecil 

Hasilnya? Tak cukup manis lah. Lain kali pakai pisang emas kot yang dah masak ranum. I pakai pisang berangan... huhuhuhu.pastu tak adjust plak paras gula. Texture not bad. Tak moist. Sedang-sedang aja.

Comments

Popular posts from this blog

Kuah kacang dari Azie Kitchen..

Membuka akaun CDS...real story ni..

Resipi mee kari istimewa.